Pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran di laman sosial Instagram seperti sedang memberi gambaran bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang.
Tanpa kaspyen dan ruangan komen yang telah ditutup, Puteri Sarah berkata dia sudah lama ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
“Finally, nak sangat saman orang yang I dah lama nak saman. Yessss…see you in court!,” katanya.
Sementara itu Puteri Sarah berkata, dia sudah lama bersabar dan kali ini nekad dengan keputusannya itu.
Dia juga sudah berbincang dengan peguam mengenai perkara tersebut, namun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.
"Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.
"Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Menurut Puteri Sarah, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.
"Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku," katanya.
Fiza Kamarudin
Sat Feb 12 2022


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian