Laman Utama
Yonnyboi Kongsi Gambar Berpakaian Tradisional Sarawak, Zynakal Salah Bual Terkomen 'Uga Uga'!
Sensitiviti pakaian tradisional Sarawak masih menjadi topik bualan netizen di media sosial selepas tindakan biadab personaliti media sosial Ryzal Ibrahim baru-baru ini.
Ramai selebriti tanah air yang menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan tersebut termasuk penyanyi rap Yonnyboii yang turut berkongsi dirinya menyarung pakaian tradisional Sarawak di Instagramnya pada Khamis.
Yonnyboii tidak salah, penyanyi yang popular dengan lagu Salahku itu menulis kapsyen berbunyi; "Selamat malam cikgu!!".
Cuma, yang menjadi buah mulut netizen apabila tindakan rakan baik Yonnyboii, Zynakal yang tampil menulis komen di ruang hantaran terbabit.
"Uga uga," demikian perkataan yang ditulis Zynakal yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna dari Bumi Kenyalang itu.
Meninjau ruangan Twitter menerusi perkongsian pemilik akaun @di0rbaby, perkataan tersebut dianggap keterlaluan dan biadab.
"Sarawakian do your work. Disrespectful.
"Ada la seorang dua mangkuk hayun qoute & comment cakap “lah tengah gurau dengan member” “dahla ada bipolar netizen pergi cyberbully lagi”.
"Oh disrespect other people culture perli macam ni gurau dengan member eh?
"Someone fight me back ask me to delete this post takut mental health dia tak okay & cakap aku lapar “ATTENTION”.
"Dude, you know the different between lapar “ATTENTION” and “backing up your own culture?” let me tell you, mental illnesses doesn’t give you right to be a d*ck alright," tulisnya.
Bagaimanapun, komen terbabit telah dipadamkan dari akaun Instagram Yonnyboii dan ruang komen foto terbabit telah dinyahaktifkan.
Must-Watch Video