gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Reda Dikecam Gara-Gara Berubah Jadi ‘Wanita’, Saiful Malaysian Idol Rindu Nak ‘Comeback’ - “Masyarakat Tak Suka Tapi Saya…”
HIBURAN
Hubungan Macam Adik-Beradik, 4U2C Tak Pernah Bergaduh & Bermasam Muka - “Bukan Masalah Kami Sewaktu Berpecah…”
HIBURAN
Dituduh Pakai Tasbih Digital Terbalik, Ini Jawapan Ruhainies - “Mungkin Dalam Gambar Atau Video Nampak Macam…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Yonnyboii Belum Puas, Muncul Dengan Salahku 3.0...Padu!

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
09/11/2020
12:17 MYT
Sponsor Banner
Yonnyboii Belum Puas, Muncul Dengan Salahku 3.0...Padu!
Walaupun kerjaya seninya masih berusia setahun jagung, namun bintang muda Yonnyboii, berjaya menempa nama dengan pantas.
Terbaru, penyanyi yang mesra disapa Yonny ini bakal melancarkan versi terbaharu singlenya terdahulu, berjudul ‘Salahku’.
Bagi mengekalkan kelangsungan lagu ini Yonny mempertaruhkan versi terbaharu lagu ini yang diberi judul sebagai Salahku 3.0.
Lagu yang siap dicipta pada Jun 2019 ini, mempunyai dua versi terdahulu iaitu versi demo berdurasi dua minit dan versi penuh berdurasi empat minit yang dilancarkan pada April tahun ini.
Menerusi Salahku 3.0 Yonny cuba mempamerkan sisi berbeza dari segi gubahan muzik serta jiwa lagu itu sendiri.
Mengulas tentang versi terbaharu yang berdurasi 3:15 minit ini, Yonny berkata, dia turut merombak lirik lagu untuk memberi suntikan lebih segar.
“Dalam versi terbaharu ini, lagu ini bukan sahaja diberi gubahan yang lebih segar malah lirik lagu ini juga dirombak sedikit bagi menyuntik semangat dan jiwa berbeza kepada lagu ini.
"Walaupun perubahannya nampak kecil namun ianya membawa makna yang sedikit berbeza.
“Saya menyerahkan kepada peminat untuk menilai apa yang cuba saya sampaikan menerusi versi terbaharu ini,” katanya kepada Gempak.
Lagu ini Salahku 3.0 terbitan Universal Music Malaysia dengan kerjasama Def Jam Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.
Topic Berkaitan
#Penyanyi Rap
#Penyanyi Rap
#Yonnyboii
#Salahku 3.0
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement