Isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii, Nik Nazira tidak terkesan dengan komen-komen negatif dan kecaman netizen terhadapnya ekoran imej terkini yang tidak lagi bertudung.
Jelas Nik Nazira atau lebih mesra dipanggil Nina, 23, dia mengambil segala teguran daripada sudut positif dan memohon orang ramai agar mendoakannya ke arah lebih baik.
"Saya tak marah atau sedih dengan komen-komen netizen apabila melihat saya tidak bertudung kerana setiap orang ada persepsi sendiri. Selagi saya jujur pada diri sendiri, saya rasa okey saja.
"Kalau nak tegur itu doa yang baik-baik saja. Kalau maki-maki anda juga yang dapat dosa. Mungkin kalau tegur baik-baik kita sama-sama dapat pahala. Itu baru betul," ujarnya kepada Gempak.
Cerita Nina, dia masih dalam proses untuk bertudung sejak tahun lalu dan imejnya mula menjadi perhatian apabila mulai rapat dengan Yonnyboii sebelum memutuskan untuk berkahwin tiga bulan lalu.
"Saya sebenarnya baru cuba bertudung dari tahun lepas, sebelum ini pun saya ada terbabit dengan iklan dan berlakon cuma orang tak kenal. Jadi, dalam industri sebelum ini memang saya tidak bertudung.
"Apabila saya bersama Yonny orang mungkin baru kenal saya. Hakikatnya saya masih sedang belajar untuk bertudung dan istiqamah sebab proses ini baru setahun. Tak boleh nak terus sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Cuma doa yang baik-baiklah untuk saya.
"Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang, mungkin saya terus tutup terus pakai purdah. Kita tak tahu pengakhiran orang itu macam mana," tambahnya.
Terdahulu, imej Nina yang tidak bertudung mula menjadi perhatian apabila hadir bersama Yonnyboii ke sebuah acara anugerah di ibu kota.
Lebih menarik tumpuan, pada Ahad lalu, Nina muncul sekali lagi menemani Yonnyboii yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan imej tidak bertudung, tidak seperti imejnya sekitar akhir tahun lalu.
Pada majlis prarasa di restoran Cili Kampung, Hartamas baru-baru ini juga, Nina sekali lagi menemani Yonnyboii dalam persalinan tradisional Melayu namun tidak berhijab.
Hal itu turut mendapat tempias kepada Yonnyboii yang didakwa segelintir netizen tidak mampu membimbing isteri yang dikahwininya.
"Cara bimbingan saya dan keluarga dia (Nina) lain-lain, tak sama. Mungkin dengan keluarga berbeza, mungkin lebih strict.
"Tapi cara saya dengan isteri, tak mahu terlalu memaksa sebab saya mahu dia jujur dengan diri sendiri dan tak ada sorok apa-apa daripada saya atau pendam hal yang tak best. Asalkan kami sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik.
"Saya tak boleh menilai isteri saya kerana saya pun tak sempurna lagi," ulas Yonnyboii.
Amri Hassan
Fri Mar 11 2022

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.