,
Laman Utama

Yonnyboii Tak Kisah Isteri Nak Pakai Seksi - “Dia Nak Melawa Untuk Saya… I Like It!”

Asyikin Mayudin
27/11/2022
00:57 MYT
Penyanyi Yonnyboii menganggap netizen hanya melihat kehidupan dia dan isterinya iaitu Nik Nazira melalui yang dikongsikan di laman sosial sahaja.
Bagi penyanyi lagu Sakit ini, dia tidak kisah jika isterinya mahu menggayakan pakaian seksi kerana menganggap penampilannya itu hanya untuk dirinya.
“Bagi saya, tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya menjaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial.
“Tapi orang tak tahu yang kami berdua ini jenis duduk rumah saja. Jadi, dia sekadar nak feeling sendiri dan lawa-lawa bila berada di rumah… ambil gambar atau selfie dalam rumah saja.
“Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia nak melawa pun untuk saya… I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga,” katanya kepada Gempak.
Yonnyboii ditemui ketika acara GSC X Air Selangor Hydro Run with Mechamato di IOI City Mall Putrajaya pada pagi Sabtu yang disertai lebih 4,000 peserta.
Sementara itu, Yonnyboii turut memberitahu dia bersyukur dirinya masih lagi relevan disebabkan itu netizen gemar bercakap mengenai kehidupannya bersama isteri.
“Kami dah tak fikir sangat… apa saja publisiti adalah publisiti. Kalau orang kisah fasal saya maksudnya mereka ambil berat lagi fasal saya.
“Kiranya orang masih fikir fasal kita. Saya bersyukur saya masih relevan dan orang masih bercakap. Dan saya berharap orang terus bercakap sampai bila-bila. Kita tak jadi sendu,” ujarnya.
Sebelum ini, tular video isteri Yonnyboii iaitu Nik Nazira memakai gaun pendek berwarna hitam di TikTok yang mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen menganggap pakaian yang digayakan Nik Nazira itu mencolok mata kerana ia jarang sehingga menampakkan kulit di bahagian lengan dan perut selain terlalu pendek.
Mohon maaf jika imej itu dianggap terlalu seksi, Nik Nazira bagaimanapun berkata dia tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ini Salah Faham, Video Itu Wife Hanya Repost” - Yonnyboii

gempak
08/10/2023
05:55 MYT
Harap semua dah jelas ya.
Laman Utama

"Selagi Mak Dan Suami Benarkan..." - Isteri YonnyBoii Mohon Netizen Henti Kecam Pakaian Seksi

gempak
03/10/2023
07:55 MYT
Nik Nazira memohon orang ramai agar tidak menjadikan pemakaiannya sebagai bahan cacian.
Hiburan

IG Dah Kosong, Kenapa Dengan Yonnyboii?

gempak
07/09/2023
08:26 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.
Laman Utama

“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

gempak
20/07/2023
02:42 MYT
Alhamdulillah tahniah Yonny & isteri.
Laman Utama

"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!

gempak
15/07/2023
03:45 MYT
Yonnyboii kata dah ada nama untuk anak!
Unitar