Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Yonnyboii Tidak Kisah Isterinya On-Off Bertudung

Gempak
18/02/2022 00:50 MYT
Penyanyi Yonnyboii berharap supaya peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya yang tidak mengenakan hijab di tempat awam.

Yonnyboii berkata, isterinya, Nik Nazira Narriman, 22, masih dalam proses belajar untuk menutup auratnya dengan sempurna. Jadi, dia berharap agar peminat tidak salah sangka jika melihat kelibatnya berjalan dengan wanita yang tidak bertudung kerana imej isterinya yang berbeza.

“Isteri saya masih belum bertudung penuh lagi. Selalunya kalau keluar berdua dia lebih selesa free hair.

“Lagipun isteri saya muda dan kami sama-sama belajar untuk memperbaiki diri. Cuma sepanjang tempoh ini, isteri memang tak pernah menunjukkan lagi imej tanpa hijab di laman sosial,” katanya kepada Gempak.

Yonnyboii ditemui pada Majlis Anugerah Joox 2021 yang berlangsung di ibu kota sebentar tadi. Menerusi anugerah tersebut, Yonnyboii memenangi kategori Top 5 Hit Lokal untuk lagu Tak Sangka bersama Zynakal dan Asyraf Nasir.

Pada majlis tersebut, Yonnyboii hadir bersama isterinya yang menggayakan imej tanpa mengenakan hijab.

Dalam pada itu Yonnyboii berkata, dia memberitahu isterinya supaya bersedia untuk berdepan dengan netizen jika hal ini diketahui umum.

“Sudah tiga tahun saya berada dalam industri dan sudah lali dengan kritikan.

“Jadi, saya pun dah cerita dengan isteri supaya tidak terkejut apabila hal ini disedari oleh netizen,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin di Duchess Place, Ampang pada 20 November tahun lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.
#Hijab #Isteri #Free Hair #Yonnyboii
;