Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona kembali mendapat perhatian netizen apabila fotonya yang menjolok mata dikecam netizen.

Rata-rata mempertikaian pemakaian Leona yang agak seksi dan keterlaluan selepas mewarnakan rambutnya baru-baru ini.

“Dik, kalau boleh jaga sikit ‘aset’ tu,” kata salah seorang pengguna twitter.

“Mak bapak ak tegur ke? Dah lah seksi,” komen salah seorang netizen.

“Jaga aurat dik, tak fasal-fasal nanti cantik kejap je, binasa yang lama,” nasihat salah seorang warganet.

Leona yang memuat naik foto terbaharunya di akan Twitter dan Instagram itu tidak memberikan sebarang respon di atas teguran dan kecaman tersebut.

Namun Azhar menerusi laman Facebook miliknya menyedari akan hal tersebut.

“So today Leona kena kecam lagi termasuk lah Mami (Azhar) jugak kena hentam sebab tak pandai didik Leona to be “islamik”

“You ada anak?” persoalnya.

Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.

Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan sepasang kembar Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.