Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"You Apahal Mahu Cari Gaduh Sama Saya Ka?" - Zamarulhisham Tergamam Dimaki Pelanggan Kedai Ingkar Penjarakan Sosial

Amri Hassan 06/05/2020 | 05:18 MYT
Pelakon Zamarulhisham terkejut apabila ada segelintir pihak yang seakan-akan sudah berpesta selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu.
Jelas Zamarul berdasarkan pemerhatiannya, ada segelintir individu yang mulai ingkar arahan penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka.
"Seronok betul ada segelintir yang masih tak faham tentang PKPB. Semalam kebetulan saya keluar untuk beli barang keperluan dapur di sekitar kawasan rumah.
"Terkejut bila tengok kawasan yang mulanya sunyi macam pekan koboi bertukar jadi satu kawasan yang sesak dengan kenderaan.
"Semua kedai mula dibuka dan ramai orang selamba dett dia je relaks, lepak di tepi-tepi kedai dengan geng-geng sambil bersembang hisap rokok, dia buat macam pesta pulak," kongsinya.
Lebih mengejutkan apabila dia dimarahi oleh pelanggan sebuah kedai serbaneka selepas diarahkan menjaga jarak sosial ketika beratur.
"Lepas pilih barang nak letak ke kaunter, saya tengok dah takde istilah penjarakan 1 meter antara pelanggan.
"Semua berpusu pusu nak bayar...
"Yang bestnya, saya kena sound dengan seorang pelanggan yang berdiri rapat di belakang saya tanpa pakai mask, bila saya tegur “boss boleh belakang sikit tak at least 1 meter”
"Dia tak jawab, dengan selamba lagi dia rapat dan buat muka seposen.
"Saya tegur lagi “please boss” and dia jawab hei kerajaan sudah umumkan 4hb sudah ok, you apahal mau cari gaduh sama saya ka?.
"Aduhai mencabar iman aku bulan-bulan puasa ni. So saya cakap bukan mau gaduh. saya cuma bagitau untuk kebaikan dan akhirnya saya mengalah dan ke tepi bagi dia bayar dulu, bila dah reda tak ramai orang baru saya bayar di kaunter," ceritanya.

Seronok betul ada segelintir yg masih tak faham tentang PKPB yg PM umumkan bermula 4mei (semalam).. Semalam kebetulan saya keluar utk beli barang keperluan dapur di sekitar kawasan rumah iaitu di TTDI JAYA shah alam..terkejut bila tgk kawasan yg mula sunyi macam pekan koboi sejak bermulanya PKP bertukar jadi satu kawasan yg sesak dgn kenderaan. Semua kedai mula dibuka, dan ramai org selamba dett dia je relax, lepak ditepi tepi kedai dgn geng2 sambil bersembang hisap rokok, budak2 yg takde lesen gayanya selamba ke sana ke sini naik motor tanpa pakai helmet dan mask, dia buat macam pesta pulak. Ada segelintir yg faham apa maksud #kitajagakita masih pakai mask tapi kebanyakkan nya langsung tak pakai mask dan diaorg buat macam takde apa2 berlaku.. saya pun masuk la ke kedai Speed99, dalam keadaan yg risau. Lepas pilih barang nak letak ke kaunter, saya tgk dah takde istilah PENJARAKAN 1 meter antara pelanggan. Semua berpusu pusu nak bayar... adoiiii mana letak akal diaorg ni. Yg bestnya, saya kena sound dgn seorg pelanggan yg berdiri rapat dibelakang saya tanpa pakai mask, bila saya tegur “boss boleh belakang sikit tak atleast 1 meter” dia tak jawab, dgn selamba lagi dia rapat dan buat muka seposen. Saya tegur lagi “please boss” and dia jawab hei kerajaan sudah umumkan 4hb sudah ok, u apahal mau cari gaduh sama saya ka??. Aduhaii mencabar iman aku bulan2 puasa ni. So saya cakap bukan mau gaduh.. saya cuma bagitau utk kebaikan dan atlast saya mengalah dan ke tepi bagi dia bayar dulu, bila dah reda tak ramai org baru saya bayar di kaunter. So apa pendapat korang?? Masih ada segelintir masyarakat yg masih tak faham dan Otak letak dkt kaki. Kita sama2 doa semoga tidak berlaku gelombang yg kedua.. . #staysafe#stayhome#kitajagakita #keluarbilaperlusahaja

A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93) on

Terkesan dengan insiden terbabit, Zamarul mengingatkan orang ramai agar terus menjaga jarak sosial ketika berada di luar rumah dan patuhi langkah pencegahan penyakit berjangkit.
"Masih ada segelintir masyarakat yang masih tak faham dan otak letak dekat kaki.
"Kita sama-sama doa semoga tidak berlaku gelombang kedua," tambahnya.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Gaduh #Penjarakan Sosial #Zamarulhisham
;