Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200gm di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi viral semalam.

Beliau menduduki tempat kelapan antara Tweet paling tinggi di Twitter, semalam (Rabu).

Rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana kejayaan pembedahan tersebut dan bantuan yang dihulurkan bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama kedua-dua ibu bapanya.

[[BACA: "Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr. Amalina Ni..." - Bapa Ainul Mardhiah]]

Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.

"Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Amalina atas usaha ini!"

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! ? After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighing 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. ?? (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.

"Sejak beberapa tahun ini saya telah menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri. Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!" katanya menerusi Tweet.

Seorang pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.

"Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu. Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya. Kejayaan hebat buat para doktor dan orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan," kata beliau.

Seorang lagi pengguna Twitter,@princessfazriyn berkata: "Dr Amalina kini menjadi trend. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar seorang 'superwoman'."

Mission Baby Ainul — From the bottom of my heart, I would like to express my gratitude to all these people who were involved in the mission. London Surgical team: Mr Juling Ong and Prof David Dunway (Craniofacial/Plastics and Paediatric Surgeons), Mr Richard Hewitt (Head and Neck Surgeon). Anaesthetic: Dr Ong and the team. Scrub nurses and ward nurses. Paediatric Oncologist: Dr Mette Jorgensen and the team. Dr Gunalan Arumugam and Col (Rtd) Dato Dr Jaseemuddeen Abu Baker, 2 anaesthetists from Malaysia who accompanied Ainul on the plane. Dato Dr Razin from Malaysia Airlines and the crew. En Jefri from HICOM. Fellow Malaysians in the UK — Dr Fahja Ismail, Dr Najmiah Khaiessa Ahmad and Dr Sharifah Faridah Syed Alwi, who assisted Ainul’s parents with emotional support, finding accommodation and settling in. It was such a huge challenge to ensure that Baby Ainul could fly to London. Thank you! Without all of you this mission would be impossible. It’s truly a team effort. And last but not least, thank you Malaysians for your prayers and donations. #MalaysiaBoleh

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on


Sementara itu, para netizen memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen-komen baik atas kejayaan pembedahan itu.

Pakar Dermatologi, Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.

"Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai dari sekarang. Alhamdulillah," katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.

Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.

Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan ibu bapanya. - BERNAMA