Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“For You To Be Talking Racist Sh*t…” - Henry Golding Tegur Bekas Miss Universe Malaysia, Label Samantha 'Selebriti Tiada Nilai'

Azwa Rahman
02/06/2020 10:15 MYT
Pelakon Malaysia bertaraf Hollywood, Henry Golding menyelar tindakan bekas Miss Universe Malaysia Samantha Katie James yang mengeluarkan kenyataan bersifat racist terhadap orang berkulit hitam.

Menerusi laman sosial Instagram, Henry memuat naik beberapa komen berunsur teguran kepada model itu untuk tatapan umum.

“Saya cuba untuk bertenang bila berhadapan dengan perkara ini tapi membaca komen @samanthakayty buat saya hilang sabar.



“Awak tidak tahu apa yang harus dilalui oleh orang kulit hitam setiap hari. Untuk awak bercakap tentang isu perkauman seperti itu di platform anda, perbuatan ini perlu ditegur,” tulis Henry.

Menerusi perkongsian IG Story itu juga, Henry mengambil peluang untuk mengingatkan orang ramai bahawa negara Malaysia sendiri pernah berdepan dengan beberapa rusuhan untuk memperjuangkan sesuatu isu kepada pihak berwajib.

Malah, bintang utama Crazy Rich Asians itu turut berpesan kepada semua pengikutnya terutama rakyat Malaysia agar bersatu hati dan menjaga di antara satu sama lain.



“Saya tak akan biarkan orang ada persepsi yang salah terhadap perkara yang sedang berlaku. Untuk negara Malaysia yang pernah mempunyai sejarah seperti itu, kita berusaha keras untuk move on. Sayangi antara satu sama lain, one Malaysia, one world,” kata Henry lagi menerusi IG storynya.

Meninjau ke ruangan Twitter, ramai memuji dan menyokong tindakan pelakon asal Sarawak itu yang lantang memberikan teguran.

“Terima kasih kerana tampil bersuara dan menggunakan platform awak dengan betul. Inilah selebriti Malaysia yang kita patut sokong. Kepada selebriti-selebriti lain, tolonglah bangkit bersuara kerana inilah yang perlu anda lakukan,” komen seorang wargamaya.



“Siap letak tanda tangan, respect!” puji seorang wargamaya.

“Sampai dia kata Samantha ‘selebriti murahan’, memang champion,” kata seorang wargamaya.

“Inilah sebabnya saya sentiasa sokong Henry Golding!” tulis seorang wargamaya lagi.



Semalam bekas Miss Universe Malaysia 2017 itu mencetus kemarahan umum apabila mengeluarkan kenyataan berunsur racist terhadap orang berkulit hitam.

BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!

Menerusi laman sosial Instagram, Samantha lantang meminta orang kulit hitam supaya relaks dan menyatakan mereka dilahirkan dengan kulit yang berwarna atas beberapa sebab.



#Miss Universe Malaysia #Henry Golding #Samantha Katie James
;