"You Bukan Saja Sebutir Permata Di Dalam Hati, Tapi..." - Sweetnya Kata-Kata Jinggo Buat Sheila Rusly!

Asraf Aided
Januari 9, 2019 10:01 MYT
Suami kepada pelakon Sheila Rusly, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya telah menyambut hari jadinya yang ke-53 Isnin lalu.
Perkara itu dikongsi Jinggo menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Jinggo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis kejutan untuk hari jadinya itu.
"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari jadi saya semalam (Isnin).
"Saya doakan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat," tulisnya.
Dalam pada itu, Jinggo turut menulis kata-kata manis buat Sheila.
"Buat my babe, Sheila Rusly, terima atas segalanya, you bukan saja sebutir permata di dalam hati tapi sebutir permata akan ku bawa ke mati," tambahnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari jadi buat Jinggo dan mendoakan kesejahteraan untuknya.
#Sheila Rusly #Jinggo