BERITA
“You Can Call Me Lily”- Nina Nadira Dedah Wajah Baby
Bintang Program Realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata perempuannya selepas tujuh hari melahirkan.
Nina menerusi akaun Instagram (IG) miliknya berkongsi wajah bayinya, Nina Lilyana Ahmad Farhan.
“Hi everybody, it’s been a week since I came into this world, you can call me Lily!” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Nina serta memuji wajah anaknya yang comel.
Terdahulu, Nina dan suaminya, Farhan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.