Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“You Can Say That I Am Officially A BLINK Now” – Neelofa

Mya Amri
23/04/2019 11:51 MYT
Pelakon dan pengacara program MeleTOP, Neelofa akui dirinya kini merupakan peminat kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK.

Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik sebuah video pendek sedutan persembahan di pentas Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlangsung pada Ahad.

Video tersebut merakamkan Neelofa yang menari pada bahagian korus lagu terbaru BLACKPINK, Kill This Love ketika membuat persembahan di pentas AME2019.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Neelofa akui lagu tersebut berjaya memikat hatinya dan membuatkan dia kini menjadi sebahagian daripada BLINK (gelaran peminat).

“Dancing to Kill This Love yesterday and what a song to dance to! You can say that I am officially a BLINK now ?! ?? #bersepahtak #ame19,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tarian tersebut dan kagum dengan bakat terpendam aktres cantik itu.

“You killed it love... So powerfull and never thought you can dance #BakatTerpendam” tulis @agneskwon18

“Banyak kelebihan dia boleh buat, so proud,” puji @farahwahidarohashidie

Terdahulu, Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial selepas membuat mempersembahkan tarian Kill This Love di AME2019.

BACA: “5th Members Of BLACKPINK, She Totally Nailed It,”- Netizen Tak Sangka Neelofa Pandai Menari

Foto: Instagram @neelofa
#Neelofa #Blackpink #AME2019