"You Guys Look Like (Dayak) Royalty!"- Satu Keluarga Bergaya Dengan Pakaian Tradisi Menyambut Hari Gawai Dayak.
Badrul Hashim
02/06/2020 09:45 MYT
02/06/2020 09:45 MYT
Malaysia sememangnya negara yang cukup hebat dengan pelbagai kaum hidup harmoni dan masing-masing masih menjaga adab dan tradisi kaum sendiri.
Menjadi viral di Twitter apabila seorang gadis dari Kuching, Sarawak, Amanda Suling berkongsi beberapa keping gambar sekeluarga memakai pakaian tradisi sempena menyambut Hari Gawai Dayak.
"Gawai, but make it Vogue," tulis Amanda sambil berkongsi nama jurugambar, Andy Phe Photography.
Gambar-gambar tersebut menjadi viral apabila mendapat hampir 15,000 ulang kicau dan 42,000 tanda suka.
Ramai yang meninggalkan komen-komen positif dengan entri di Twitter tersebut.
"Saya berdoa agar budaya ini akan berterusan selama-lamanya," tulis makalapua.
"Gembira kita dapat mengembangkan lagi keindahan budaya seperti ini sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Ari Gawai Dayak daripada jiran anda, Sabah," tulis khaekarem.
Gempak cuba menghubungi Amanda sejak malam tadi untuk mendapat cerita lebih lanjut, tetapi belum mendapat sebarang jawapan daripadanya.
"A flawless Orang Ulu family potrait. Selamat Ari Gawai Dayak," tulis saintridd.
"Looks so editorial," tulis AamirHamzah99
Rata-rata yang meinggalkan komen memuji kecantikan bukan sahaja kepada pakaian tradisi tersebut tetapi juga buat keluarga Amanda.