Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“You Know You Love Me XOXO” - Gossip Girl Ditayangkan Esok, Ini 5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu!

Hanafis Haris
07/07/2021 07:15 MYT

Drama siri yang pernah mencetuskan fenomena pada 2007 kini kembali dengan versi yang lebih segar dan dramatik!

Menampilkan pelakon serba baru, Gossip Girl versi baru ini pastinya akan membawa penonton menyaksikan kehidupan remaja elit di bandar New York.

Namun, bagi anda yang tertanya apakah kehebatan versi baru ini?

Kami sediakan beberapa fakta menarik!

#1 Sudah 14 Tahun Usia Gossip Girl

Kehebatan drama siri ini tidak lagi boleh disangkal kerana ia telah berjaya bertahan dari 2007 hingga 2012.

Kesemua membabitkan enam musim! hebat bukan?

Pastinya kehebatan siri lama ini membuatkan ramai ternanti-nanti versi reboot!

#2 Pernah Ditangguh Disebabkan Pandemik

Pada 23 Mei 2020, produksi mengumumkan siri ini telah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Penggambaran kemudian disambung pada 2 November 2020.

#3 Dibintangi Pelakon Baru Hebat!

Jika sebelum ini Gossip Girl dimeriahkan dengan bintang seperti Leighton Meester, Penn Badgley, Blake Lively, Taylor Momsen, Chace Crawford, dan Ed Westwick, namun kini lain pula barisannya.

Antara yang bakal memeriahkan kehidupan remaja elit ini adalah Emily Alyn Lind, Tavi Gevinson, Whitney Peak, Eli Brown, Johnathan Fernandez, Jordan Alexander, Savannah Smith, Evan Mock, Jason Gotay, Thomas Doherty, Adam Chanler-Berat, Savannah Smith dan Zion Moreno.

#4 Siapakah Suara Gossip Girl?

Mungkin ada yang tidak tahu, drama yang diterbitkan bermula 2007 lalu menggunakan suara naratif Kristen Bell.

Kini , Kristen Bell kembali menjayakan suara berkenaan yang dilihat sudah sinonim dengan Gossip Girl.

#5 Ditayangkan Esok!

Bagi yang tidak sabar menantikan siri baru ini, anda boleh menonton siri ini pada 8 Julai jam 5 petang, sama dengan waktu US secara On Demand atau melalui Astro Go dan HBO Go.