Hiburan
“You Laugh At Her Makeup, She Laughs At Your Bank Account” - Jadi Cover Majalah, Cik B Curi Perhatian
Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Vida, Cik B mengejutkan netizen apabila tampil bergaya sebagai penghias muka depan majalah Remaja.
Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkongsi beberapa keping foto editorial shoot untuk tatapan wargamaya.
Cik B menjadi wajah muka depan bersama penyanyi Naim Daniel dan personaliti media sosial Cupcake Aisyah bagi edisi Oktober - Disember 2019.
“I dont know, but I think i looks fine,” tulis Cik B menerusi satu kicauan beserta sekeping foto.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan berseri Cik B yang sebelum ini sering kelihatan bersahaja.
Namun, tidak hanya pujian, ada juga wargamaya yang turut mempertikai hasil solekan pada wajah Cik B yang merasakan ia kelihatan pelik.
“Yessss, Cik B! Jangan kisah pada persepsi orang lain. Mereka yang lain tu cemburu sebab tak mampu jadi macam Cik B,” ujar seorang netizen.
“You're beautiful but I believe you will look super beautiful when you grow up,” puji seorang netizen.
“Yang kutuk tu tolong diam! Cik B is slaying this makeup look,” komen seorang netizen lagi.
“Korang gelakkan solekan dia, dia ketawa je tengok jumlah dalam akaun bank korang,” kata seorang netizen lagi.
Perkongsian itu sehingga kini telah mendapat hampir 6,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video