Pelakon Uqasha Senrose menyorot perhatian netizen apabila menunjukkan kemesraan dan kemanjaan dengan suaminya, Kamal Adli menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Uqasha menerusi kapsyen menulis: “Abang (panggilan Uqasha untuk Kamal), dia orang ni, saya kurus cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk.

“Abang babap diaorang. Ada I kisah suka hati I lah nak chubby ke slim ke. I tengah bahagia. Badan boleh turun, tapi sakitkan hati orang free-free dapat dosa kering,” tulisnya.

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


Kemudian, Kamal menerusi hantaran yang sama membalas: “You more than cantik sayang. Kalau cantik tu ada level… atas lagi. Gemuk? Bila ni? Gemuk dengan cinta saja, badan superb,” tulis Kamal.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji kecantikan Uqasha dan meminta agar dramatis itu tidak menghiraukan cakap-cakap negatif orang terhadap dirinya.

“Jangan fikir tentang itu. Kamu cantik, kan Kamal?” tulis pelakon Nabila Huda.

“Sis, kamu ada body goal bagi setiap wanita tau. Kita suka!” kongsi selebriti media sosial Norreen.

Dalam perkembangan terbaharu, kisah Uqasha dan Kamal boleh disaksikan menerusi The House musim terkini setiap rabu pukul 9 malam di Astro Ria.