Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"You Tak Layak Jadi Ustaz!" - Alvin Chong Tempelak Pendakwah Suruh Cabut, Buang & Hapuskan Tulisan Cina

Amri Hassan 29/04/2020 | 02:45 MYT
Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan kekesalan terhadap tindakan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang menggesa agar tulisan Cina dihapuskan.
Jelas Alvin, tindakan itu mencetuskan perselisihan faham dan mengganggu perpaduan antara kaum.
"Inilah punca kecetusan perpaduan rakyat Malaysia. Shame on you fot using religion as an excuse and weapon.
"May God grant you the punishment.
"You tak layak jadi ustaz. Even a 3 year old Muslim kid is better than you," tulis Alvin menerusi akaun Twitternya.
Alvin mengulas mengenai sepotong video yang tular di media sosial memaparkan pendakwah itu berhujah mengenai tulisan Cina.
"Satu cadangan untuk seluruh warga Malaysia, kita sekarang akan hapusan tulisan Cina.
"Kita perlu cabut dan buang segala tulisan Cina yang ada di papan tanda ataupun di mana-mana tempat termasuk di dalam surat khabar, buku teks atau novel.
"Apa sahaja yang terkait dengan huruf dan tulisan Cina maka perlu kita haram dan hapuskan serta merta tanpa meninggal sedikit pun kesan.
"Hapus terus tulisan, ejaan dan bahasa Cina di negara kita.
"Tindakan ini wajar kerana kita di Malaysia ada bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Cina bukanlah satu bahasa yang menggantikan tempat untuk warganegara Malaysia," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video yang dimuat naik di akaun Twitter pengguna yang dikenali sebagai @khalids itu mendapat pelbagai respon ramai.
#Alvin Chong #Ustaz Abu Syafiq #Tulisan Cina
;