“You Want Lepak...You Take Booster, Nervouslah Jap Je Kena Covid!” – Elfira Loy
Fiza Kamarudin
10/02/2022 03:40 MYT
10/02/2022 03:40 MYT
Pelakon Elfira Loy menggesa orang ramai yang ingin keluar bersosial atau pergi ke tempat orang ramai supaya mengambil dos penggalak terlebih dahulu.
Elfira turut menyatakan rasa pelik apabila ada individu yang tidak percaya dengan laporan kes harian Covid-19 yang kembali meningkat.
“Saya tak faham kena ramai yang tidak mahu percaya dengan nombor (kes harian covid). Setiap hari orang disekeliling saya ada ja yang kena Covid.
“Setiap hari saya melihat ada yang dijangkiti Covid atau menjadi kontak rapat,” luahnya menerusi ruangan InstaStory.
Tambah Elfira lagi, pembantu peribadinya juga sedang menjalani kuarantin.
Namun pelakon itu tidak menyatakan samada pembantu peribadinya itu positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat.
“Macam PA saya dah kena kuarantin dan menjadikan saya sangat sibuk sepanjang minggu ini.
“Tidak mahu ambil booster tak apa, tapi jangan keluar lepak-lepak di tempat sesak lah. Kalau nak lepak ambil booster. Nervouslah jap je kena covid,” katanya.
Tiga hari lalu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa individu berusia 60 tahun ke atas dan penerima dos lengkap vaksin Sinovac mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.
Jika enggan berbuat demikian, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap walaupun sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac.
Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan.