HIBURAN
“You Will Always Be Home to Me” - Mek Yun Sebak Lihat Abang Tersayang Dirikan Rumah Tangga
Pempengaruh, Mek Yun berkongsi abangnya yang dikenali sebagai Abe Wee telah mendirikan rumah tangga hujung minggu lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Mek Yun atau Wee Yun Nee akui sebak melihat insan yang paling rapat dengannya telah melangkah ke fasa kehidupan yang baru.
“Abe Wee kita kahwin hari ni. Hari ni hati Mekyun penuh dengan macam-macam rasa.
“Gembira sebab Abe Wee dah jumpa cinta hidup dia, sebak sebab lepas ni dia bukan milik kami seorang. Dari kecik, Abe Wee lah dunia saya, sentiasa ada senang dan susah. Saya tak pernah rasa keseorangan sebab dia selalu ada.
Dalam pada itu, Mek Yun juga meluahkan rasa syukur kerana abangnya telah menemui cinta sejatinya.
Malah Mek Yun turut mendoakan perkahwinan abangnya itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Abe Wee kahwin dengan orang yang baik, yang lembut, yang penyayang. Mekyun tahu dia akan jaga Abe Wee sebaik-baiknya. Dan tu lah satu-satunya sebab Mekyun mampu lepaskan dengan senyuman. Mekyun doakan Abe Wee dan isteri akan kekal bahagia selama-lamanya.
“Terima kasih Abe Wee untuk semua tahun yang Abe Wee dah bagi pada saya.Tak semua orang bertuah ada abang macam Abe Wee.
“Tapi Mekyun antara yang paling bertuah tu.And no matter where life takes us after this, Abe Wee you will always be home to me,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga sebak membaca luahan hati Mek Yun malah mereka juga menitipkan ucapan tahniah kepada Abe Wee.
Must-Watch Video