Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi video atau kandungan paling ditonton di YouTube sepanjang tahun 2021.

Perkara itu didedahkan sendiri YouTube menerusi satu data laporan yang dikeluarkan.

Menurut YouTube, platform tersebut sentiasa menyesuaikan diri dan peka terhadap perubahan landskap video yang berubah secara drastik.

“Pada tahun 2021, video yang trending ini mempunyai beberapa persamaan termasuklah kualiti menerusi pelbagai eksperimen, karya yang original serta spontan.

"YouTube Astro Gempak (Rindu Awak Separuh Nyawa), Syahmi Sazli (Drama Spontan 31: Avengers Versi Kelantan), Dona's (Pedas Moodle Mukbang Challenge), Aqil Zulkiflee (Aku Beli Aiskrim) adalah contoh yang merangkumi kriteria ini.

“Kesemua video ditentukan oleh tontonan dalam negara yang dimuat naik pada 2021 dan ia merangkumi pelbagai faktor dan tidak hanya pada jumlah tontonan,” tulis kenyataan tersebut.

Berikut merupakan 10 video paling ditonton 2021.

  1. Astro Gempak (Rindu Awak Separuh Nyawa)
  2. Syahmi Sazlii (Drama Spontan 31: Avengers Versi Kelantan
  3. Dona's (Pedas Moodle Mukbang Challenge)
  4. Aqil Zulkiflee (Aku Beli Aiskrim)
  5. TV3MALAYSIA Official (Live: nugerah Juara Lagu 35 | #AJL35)
  6. 6. Kotte Animation (Pro Squid Game Players be like)
  7. 7. PrinceMeed LIVE! ( MUKA AKU HANCUR LEPAS ORANG USTAZ DIRASUK DALAM RUMAH AKU|*DYBBUK BOX*| ORANG DATANG RUMAH (PART I)
  8. 8. Ammar Nazhan (RUMAH AM KENA MASUK PER0MP4K !! - PRANK MARSYA , AIRA DAN TEAH T4KUT !)
  9. 9. Horangi99 -(Kena Kejar Dengan Kepala Gergasi ... [Escape Running Head] (Roblox Malaysia)
  10. 10. Isa Isarb (Letak RM10,000 tepi kerete, Food Panda CURI atau TIDAK !? - Social Experiment)

Sekadar info, drama bersiri 40 episod ini mengangkat genre romantik dan diterbitkan syarikat produksi SR One Sdn Bhd serta diarahkan pengarah Along Kamaludin.

Naskhah ini menyaksikan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose selaku teraju utama.

Selain itu, drama ini turut dibintangi Norreen Iman, Marsha Milan, Fizo Omar, Aida Khalida, Khairil Anwar Aman, Rahim Jailani, Norkhiriah, Aleza Shadan dan Balkisyh Semundur Khan

RASN dtayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) bermula 23 Mac hingga 14 Jun 202.