VIRAL
YouTuber Ambil Nyawa Sendiri, Tak Tahan Kena Buli Siber
Seorang YouTuber perempuan, Mikayla Raines dilaporkan membunuh diri selepas tidak tahan menerima buli siber selepas melancarkan kempen menyelamatkan haiwan di atas talian.
Raines merupakan seorang aktivis haiwan dan mengasaskan yayasan tanpa profit, Save A Fox, mati pada usia 29 tahun, lapor DailyMail.
Suaminya, Ethan mengesahkan berita kematian isterinya menerusi satu perkongsian di Instagram.
“Mereka menyebarkan fitnah dan berita palsu kepada seorang wanita yang memiliki sikap sensitif dan juga bergelut dengan masalah gangguan kesihatan mental,” tulis suaminya.
Raines diketahui bergelut dengan beberapa masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan borderline personality disorder (kecelaruan personaliti pinggiran).
“Dia cuba bertahan selama ini tetapi apa yang terjadi baru-baru ini sangat keterlaluan,” kata Ethan lagi.
Wanita itu diketahui mengalami buli siber di atas kempen menyelamat haiwan yang diasaskannya sejak tahun 2016. Selain menerima kritikan, difitnah dan dibuli, mangsa juga tidak sangka telah dicemburui oleh rakan yang rapat dengan mengelarkan dirinya menerusi pelbagai gelaran buruk.
“Untuk yang mengenalinya, isteri saya juga seorang autisme. Dia tidak pernah melakukan kerja kebajikan atau menyelamatkan haiwan untuk popular atau keuntungan,” kata Ethan lagi.
Ethan bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana wanita yang terkenal sebagai penyelamat musang dalam komuniti haiwan untuk meninggal dunia.