Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

YouTuber Berusia 6 Tahun Beli Hartanah RM33 Juta… Wow, Kayanya!

Azwa Rahman
29/07/2019 07:42 MYT
Seorang YouTuber kanak-kanak menarik perhatian dunia apabila membeli sebuah bangunan mewah di Korea dengan menggunakan wang hasil pendapatannya di laman itu.

Dikenali dengam nama Boram, 6, dia didakwa membeli sebuah bangunan lima tingkat bernilai 9.5 billion Won (RM32.7 juta) di kawasan elit Gangnam, berdekatan Seoul.

Pembelian hartanah tersebut dibuat oleh Boram Family, sebuah syarikat yang menguruskan dua saluran YouTube milik kanak-kanak itu iaitu Boram Tube ToysReview dan Boram Tube Vlog.



Menurut laman sesawang analitik YouTube, Social Blade, dua saluran YouTube milik Boram itu merupakan antara saluran dengan pendapatan pemasaran tertinggi di Korea.

Analisis tersebut juga mencatatkan purata keuntungan bulanan hasil daripada dua saluran tersebut berjumlah sekitar AS$3.1 million (RM12.6 juta).

Boram Tube ToysReview yang menjadi popular serata dunia kini mempunyai 13.6 juta pegikut. Saluran itu digunakan oleh kanak-kanak itu untuk memberikan ulasan terhadap alat-alat permainan.

Bagi Boram Tube Vlog pula, saluran ini berkongsi video kehidupan harian Boram dan Keluarganya yang kini berjaya mengumpul hampir 17.5 juta pengikut.

Antara salah satu video Boram yang paling popular adalah apabila kanak-kanak itu memasak mee segera menggunakan dapur permainan dan menikmati hidangan itu.

Video itu sahaja telah menerima hampir 376 juta tontonan seluruh dunia!



Sumber: Channel News Asia
#Korea #Youtuber #Kanak-Kanak