Laman Utama
YouTuber Gaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis
Seramai 12 individu termasuk YouTuber yang terbabit dalam pergaduhan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang, di sini, sudah ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semua individu itu ditahan kira-kira jam 1 pagi dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.
"Seorang YouTuber yang terbabit dalam kejadian itu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, viral satu video berdurasi lapan saat di media sosial yang menunjukkan YouTuber bersama beberapa rakannya didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang, pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk YouTuber hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.
Kejadian pergaduhan itu berlaku ketika berlangsung perlawanan persahabatan futsal membabitkan dua pasukan.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video