,
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

Asyraf Roslan
17/09/2024
21:55 MYT
Kalau dah berkunjung ke Malaysia tidak sah kalau tak mencuba makanan serta snek tempatan.
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Dalam beberapa video yang tular di media sosial, menunjukkan IShowSpeed sempat mencuba beberapa jenis snek antaranya keropok Mi Mi, Rota dan Super Ring.
Menurut personaliti itu, snek Super Ring yang diberikan kepadanya itu adalah yang terbaik pernah dia cuba.
“Baiklah saya nak cuba (sambil membuka snek itu dan memakannya).
“Super Ring adalah yang terbaik,” kata IShowSpeed selepas sekali mencubanya.
Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. juga sempat mencuba nasi lemak yang diberikan oleh peminatnya namun tidak dapat menghabiskannya kerana terlalu pedas baginya.
Selain itu, menerusi tinjaun Gempak, ada beberapa video yang menyaksikan Speed mencuba memakan durian dan juga burger ramly atau lebih senang dipanggil sebagai burger tepi jalan.
Speed yang pertama kali mencuba burger berkenaan sangat mengemarinya sehingga sanggup membayar lebih kepada penjual tersebut.
“Oh Tuhanku, (burger) ini kelihatan sangat enak. Burger ini dibalut dengan telur. Saya tak pernah lihat menu ini sebelum ini, ” kata Speed yang melompat keterujaan.
Selepas mencuba burger tersebut, jelas dari raut wajahnya menunjukkan dia begitu berpuas hati dengan rasa burger tersebut sehingga tidak kisah dengan jumlah wang yang dikeluarkan dari poketnya untuk membayar peniaga tersebut.
IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.
Sebelum itu dia telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Untuk info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

gempak
09/10/2024
05:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Hiburan

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

gempak
05/10/2024
08:55 MYT
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Viral

Ramai Kecewa Tak Sempat Nak Rasa, Gerai Burger Disinggah IShowSpeed Kena Sita - “Harap Abang Tabah, Semoga Ada Lokasi Baru”

gempak
03/10/2024
08:31 MYT
Gerai burger tular yang pernah disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat iaitu IShowSpeed kini telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Hero-Hero Nasi Lemak Berkampung Di 'I Eat Nasi Lemak' - "Rakyat Malaysia Boleh Makan Ramai-Ramai Tak Kira Bangsa & Agama"

gempak
02/10/2024
14:10 MYT
I Eat Nasi Lemak akan kembali pada 5 dan 6 Oktober 2024 untuk meraikan budaya sarapan pagi Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh FriedChillies bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara, bersempena dengan Road To Unesco - Meraikan Warisan Kita.
Hiburan

“Silap Pertama Dia Datang KL” - Ceddy Ang Akui Kita Ketinggalan Dalam Memperkenalkan Budaya Malaysia Kepada IShowSpeed

gempak
02/10/2024
04:25 MYT
Menurut Ceddy, memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada personaliti itu sangat bagus namun bawa berkunjung ke pusat membeli-belah itu bukan satu pilihan yang baik.
BorakSeeni