YouTuber Terkenal Didakwa Pukul Pemain Futsal, Siap Bawa Kerambit?
Amri Hassan
06/03/2021 13:55 MYT
06/03/2021 13:55 MYT
Seorang Youtuber terkenal didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.
Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melaungkan kata-kata kesat.
Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.
Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama 25 individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.
Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan itu dengan mendakwa perwatakan individu tersebut sebagai seorang Youtuber tidak mencerminkan personalitinya di media sosial.
Menurut Bakhtiar Ikhwan melalui ciapan di Twitter, dia tidak menyangka selama ini memikirkan Youtuber itu seorang yang baik kerana sering membuat video membantu orang ramai.
“Selama ini fikir baik sangat kerana buat kandungan tolong orang, sedekah sana sini, dasar pura-pura. Sebab tak puas hati terus ajak lima kereta pukul orang,” tulisnya.
Bakhtiar turut memuat naik foto dan video pergaduhan tersebut selain laporan polis yang dibuat mangsa.
Sumber: Kosmo!, Twitter