UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

'Yukssss La Fazley Ni, Dia Rasa Berseni Sangat Lah Tu - Aksi ‘Sweet Table’ Ala Shell Out Ini Dikecam Lagi

Hanafis Haris 15/04/2019 | 09:25 MYT
Pasti ramai yang sedia maklum penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memang terkenal dengan skill hidangan manisan atau dikenali sebagai ‘Sweet Table’. Gaya kreatif ini tular di Malaysia dan pernah menjadi perhatian penduduk Macau, China beberapa bulan lalu.
Namun pada masa sama, tidak semua yang lihat skill ini sebagai satu perkara positif. Malah sehingga kini Fazley tidak henti-henti menerima kecaman.
Terbaru adalah daripada seorang netizen di Twitter. Anda boleh lihat tweet terbabit di bawah yang dimuat naik oleh Fazley sendiri menerusi Instagramnya.
Menurut Fazley, dia mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan kerana menjadi peminatnya.
Jelasnya, sejak berniaga SukaSucre Bistro, 'Sweet Table' telah diterima ramai dan mendapat peluang ke program lokal dan antarabangsa.
"Tq so much @abirabhar for being a fan. Terima kasih diatas segala doa, mention dan unmention dalam Twitter sejak saya berniaga @sukasucrebistro. Alhamdulilah, “Sweet Table” saya banyak dapat peluang ke program local dan antarabangsa.
"Kalau tak kerana support dari insan seperti anda, takkan mungkin #sweettablebydfy di jemput ke acara-acara seperti hari ini. You’re the best! #chefcampakcampak," katanya.

Tq so much @abirabhar for being a fan. Terima kasih diatas segala doa, mention dan unmention dalam Twitter sejak saya berniaga @sukasucrebistro. Alhamdulilah, “Sweet Table” saya banyak dapat peluang ke program local dan antarabangsa. Kalau tak kerana support dari insan seperti anda, takkan mungkin #sweettablebydfy di jemput ke acara-acara seperti hari ini. You’re the best! #chefcampakcampak

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

#Netizen #Twitter #Tular #Datuk Fazley
;