BERITA

Yulia Mochamad Nafi Sebagai Isteri Ketiga, Mengakui Hanya Berkawan Baik Dengan Opick

Rozaimi Zubaidi 10/04/2018 | 09:03 MYT
Heboh di media sosial apabila Yulia Mochamad dikatakan sebagai isteri ketiga penyanyi lagu-lagu ketuhanan berasal dari Indonensia, Opick.
Menerusi laporan Kapan Lagi, Yulia Mochamad menjelaskan dia hanya berkawan baik dengan Opick dan dakwaan menjadi isteri ketiga kepada penyanyi itu adalah tidak benar.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Opick kerana dia merupakan rakan baik saya.
"Anak-anak saya juga selesa dengan Opick dan mereka sering meluangkan masa bersama-sama.
"Kebetulan umur anak kami sebaya, jadi mereka begitu mesra serta sering bermain bersama.
"Saya pun tidak faham kenapa orang ramai mengatakan saya sebagai isteri ketiga Opick sedangkan kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.
"Saya berharap dengan penjelasan ini orang tidak akan mengaitkan lagi saya dengan Opick," katanya.
Opick sebelum ini pernah berkahwin dengan Dian Rosita Ningrum pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Sumber: Kapan Lagi
#Penyanyi #Penyanyi #Opick #Yulia Mochamad