Gaya Hidup
Yummy! Tiga Menu Ikea Thailand Yang Bakal Buat Pengguna Malaysia Terliur
Buat penduduk di Malaysia, seleksi makanan disediakan gedung beli-belah barangan kelengkapan rumah IKEA pastinya antara yang digemari.
Tidak lengkap rasanya ke gedung tersebut jika tidak menikmati menu bebola daging yang cukup sinonim dengan IKEA.
Namun tahukah anda di IKEA Bangkok, Thailand, mereka mempunyai koleksi menu yang lebih menarik?
Ini antara yang menarik perhatian kami.
#1 Bubble Milk Tea
Thailand sudah semestinya terkenal dengan menu teh ais mereka. Namun menu 'bubble tea' ini nampaknya menjadikan IKEA Bangkok bertambah unik.
Disebabkan bubble tea dijual pada saiz kecil, ia boleh disedut menggunakan saiz straw biasa.
Bubble Milk Tea dijual pada harga RM6.19 secawan.
#2 Perisa Aiskrim Baru!
Menu bubble tea bukanlah satu-satunya tarikan di IKEA Bangkok, ini kerana gedung ini mempunyai pelbagai pilihan perisa aiskrim yang serba baru.
Antara yang mengiurkan termasuklah Cotton Candy, Yogurt Muesli, Butterscotch Choco Crunch dan banyak lagi.
Kalaulah IKEA Malaysia ada semua ini, mesti best!
#3 Bar Aiskrim
Jika anda mahukan menu yang lebih ekstra, bar ini mampu menyediakan perisa diingini.
Daripada saiz aiskrim hinggalah jenis 'topping' semuanya boleh disediakan secara khas.
Difahamkan terdapat 20 jenis 'topping' yang disediakan termasuk gula-gula, biskut, jeli, marshmallow dan banyak lagi.
Sejauh mana menu ini akan dibawa ke Malaysia, sama-samalah kita tunggu!