Penyanyi terkenal, Yuna memberikan penjelasan mengenai kesan gigitan yang kelihatan di lehernya.
Menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Rockaway semalam, gambar Yuna dengan kesan gigitan di leher mendapat perhatian netizen.
"Kesan gigitan di leher ini merupakan kesan gigitan labah-labah. Saya diserang dengan labah-labah sewaktu sedang tidur lima minggu lalu," kata Yuna kepada Astro Gempak.
Sambil menunjukkan beberapa kesan yang masih jelas kelihatan di bahagian tangan dan lehernya, Yuna menjelaskan ada diantara gigitan labah-labah itu membengkak.
"Saya diserang dengan labah-labah ketika sedang mengadakan konsert jelajah di Alabama. Bangun sahaja daripada tidur, bahagian muka, leher dan tangan saya sudah digigit oleh labah-labah.
"Sewaktu sesi jelajah itu sedang berlangsung, ada antara gigitan yang berada di dahi membengkak. Kini, kesan tersebut semakin pulih perlahan-lahan," katanya ketika ditemui sewaktu majlis ulangtahun Yonder Music yang pertama sebentar tadi.
Dalam pada itu, Yuna bakal muncul dengan muzik video terbaru lagu Pulang, gandingannya bersama SonaOne yang dilancarkan pada 24 November ini.
"Alhamdulillah, lagu ini sudah hampir dua bulan dilancarkan dan mendapat sambutan positif. Lagu Pulang menceritakan mengenai hubungan di antara individu yang terlupa dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang kerana sibuk dengan tuntutan kerjaya.
"Saya mencipta lagu ini dan semenjak menulisnya, saya memang menbayangkan untuk berkolaborasi dengan SonaOne. Muzik videonya pula akan dilancarkan dalam masa terdekat dan mendapat sentuhan pengarah Adam Sinclair," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Mya Amri
Tue Nov 22 2016
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.
"Silence Is Golden" - Ruhainies
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.