Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Yuna Sertai 'Black Out' Tanda Solidariti Menentang Isu Perkauman

ZULHILMI JALIL
02/06/2020 04:53 MYT
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menzahirkan tanda sokongannya untuk menentang isu perkauman melibatkan orang berkulit gelap di Amerika Syarikat dengan menyertai gerakan 'black out' pada hari ini.

Menurut Yuna, ia sebagai bentuk solidariti kepada rakan seperjuangan berkulit gelap yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan karier muziknya.

"Saya dan label rakaman akan bersama-sama menyertai industri muzik untuk mengadakan 'black out' pada Selasa.

"Ia sebagai tanda solidariti kepada saudara berkulit gelap saya dalam menentang isu perkauman, dan menghubungkan semula dengan komuniti, di mana satu perbincangan mengenai menentang isu perkauman perlu dilakukan," katanya menerusi satu entri di Instagram.

As a Malaysian Muslim artist who grew up listening to music made my black artists & composers, never imagining that I would then grow up and have the opportunity to work with talented black artists, producers, musicians, dancers, even connecting with the fans - it’s my responsibility to come together not only to celebrate the wins, but also be there and stand together during a loss. Without their perseverance we wouldn’t have been able to enjoy and be inspired by their art form- which connects everyone globally, even all the way to Malaysia. My record label and I will be joining the music industry black out Tuesday to stand in solidarity with my black brothers and sisters against racism, and reconnect with my community, where conversations about fighting racism needs to happen. We stand for peace & equality. #georgefloyd #theshowmustbepaused #blacklivesmatter

A post shared by Y U N A (@yuna) on


Terdahulu industri muzik di Amerika Syarikat menggesa untuk sama-sama menyertai 'black out' dengan menghentikan seketika segala bentuk aktiviti berkaitan muzik susulan kematian George Floyd selama satu hari.

Kata Yuna lagi, sokongan itu merupakan satu bentuk tanggungjawab yang perlu dilakukannya sebagai anak seni yang banyak mendapat inspirasi daripada bangsa berkulit gelap.

"Sebagai artis Muslim Malaysia yang membesar dengan mendengar karya muzik daripada artis dan komposer orang berkulit gelap, saya tidak pernah membayangkan bahawa saya kemudian akan membesar dan berpeluang bekerja dengan artis, penerbit, pemuzik dan penari berkulit gelap yang berbakat, bahkan mampu berhubung dengan peminat.

"Ia merupakan tanggungjawab saya untuk bersama-sama mereka, bukan hanya ketika meraikan kejayaan sahaja, tetapi tetap bersama mereka ketika mereka berada di bawah.

"Tanpa mereka, kita tidak akan dapat menikmati dan terinspirasi dengan seni yang mereka bawakan yang menghubungkan semua orang di seluruh dunia, bahkan hingga ke Malaysia," katanya.



Saksikan program yang menampilkan Yuna di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!



#Yuna #George Floyd #Black Out
;