Yuna Tercalon Di People’s Choice Awards 2019, Perlukan Undian Semua Rakyat Malaysia!

Azwa Rahman
September 5, 2019 09:37 MYT
Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna mencatatkan momen membanggakan apabila tersenarai di dalam pencalonan People’s Choice Awards 2019.
Dianjurkan oleh saluran hiburan terkenal Hollywood, E!, Yuna tersenarai di dalam pencalonan Most Inspiring Asian Women.
Menerusi laman sosial Instagram, Yuna berkongsi berita baik tersebut untuk semua pengikutnya.
“Wow, when I first got into this I always felt small, felt like I didn’t deserve, felt like a lil bit of an outsider in every way.
“So to be recognised as an inspiring Asian women means a lot to me.
“I worked hard and gone through a lot of things, sometimes not so pleasant things i fought really hard to stay true to my roots,” ujar Yuna panjang lebar sebagai kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian penyanyi berusia 33 tahun itu.
“Wow, major congrats dear,” komen penyanyi Anggun.
“Idola!” komen penyanyi Daiyan Trisha.
“That’s how it’s done. Voted!” ujar seorang netizen yang telah mengundi.
Malah, Yuna turut menyeru pada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan dia merangkul pengiktirafan itu.
Anda boleh memberikan sokongan dengan mengundi Yuna di sini.
Selain Yuna, antara selebriti terkenal Asia yang turut sama tercalon adalah Raline Shah (Indonesia), Alia Bhatt (India), Jung Yu-Mi (Korea) dan ramai lagi.
#Yuna #Anugerah #Antarabangsa #Anugerah