Laman Utama

Yuna Teruja Mahu Bikin Konsert Di Kuala Lumpur

Izwan Isa
14/08/2022
07:20 MYT
Penyanyi antarabangsa, Yuna mendedahkan yang dia sedang merancang untuk mengadakan konsert di Malaysia bagi menghiburkan peminat-peminat di sini.
Bagaimanapun, menurut Yuna, buat masa ini dia masih menantikan masa yang sesuai memandangkan dirinya yang sibuk menyiapkan album terbaharu, Y5.
“Ya betul sekarang musim konsert di Malaysia dan sebenarnya saya memang ada perancangan untuk adakan konsert seperti di Dewan Plenary dulu.
“Buat masa ini saya memang sedang sibuk untuk siapkan album dan dalam masa sama mencari masa yang sesuai untuk adakan konsert.
“Mungkin pada penghujung tahun ini… sebelum saya sibuk dengan persembahan jelajah mini di Amerika Syarikat, saya boleh singgah sekejap ke Kuala Lumpur untuk buat persembahan. Saya boleh nyanyikan lagu-lagu lama saya dan juga termasuk lagu baharu,” katanya kepada Gempak.
Yuna ditemui pada majlis perkahwinan Aizat Amdan dan Elyssa yang diadakan A-Park, Puchong sebentar tadi.
Dalam pada itu ditanya tentang perasaan apabila sahabat baiknya Aizat akhirnya menamatkan zaman bujang, Yuna berkata: “Syukur alhamdulillah… Kami sudah berkawan agak lama, sejak AJL dulu. Saya nampak dia seperti brother dan family kami pun kenal each other.
“Sekarang Aizat dan bergelar suami dan mendapat seorang isteri yang sepadan dengan dirinya. Mereka itu sangat serasi dan melengkapi antara satu dengan lain. Saya sangat gembira untuk mereka,” katanya lagi.
Aizat selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Elyssa Alia Ilias di Puchong, Selangor, pada jam 9.17 pagi tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.
Pada majlis itu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

gempak
25/07/2024
11:55 MYT
Juri tetap Gimme The Mic Malaysia, Ajai mengakui pemilihan peserta adalah dengan mengutamakan bakat berbading rupa paras dalam mencungkil bakat baharu.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT