Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”
Khairil Khusyairi
30/10/2024 04:50 MYT
30/10/2024 04:50 MYT
Penerbit dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga.
Petua Dari Ibu
Menurut Yusof, itulah perkara yang diamalkan untuk kekal bertahan dalam bahtera perkahwinannya yang kini sudah memasuki usia 41 tahun.
“Saya bukan sempurna. Bagi saya rumah tangga perlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk itu penting bagi saya. Sebagai lelaki jangan anggap pujuk itu kita kalah.
“Saya bukan sempurna. Bagi saya rumah tangga perlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk itu penting bagi saya. Sebagai lelaki jangan anggap pujuk itu kita kalah.
“Rumah tangga saya bertahan kerana sifat memujuk saya. Ini adalah petua saya yang datang dari ibu saya sendiri.
“Arwah bapa saya suka memujuk, kalau mereka bergaduh, ayah saya akan pujuk. Jadi itulah yang saya amalkan, Alhamdulillah,” ujarnya kepada pemberita.
Yusof Haslam ditemui pada Malam Gala filem lakonannya, Don Dukun di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, malam tadi.
Yusof Haslam ditemui pada Malam Gala filem lakonannya, Don Dukun di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, malam tadi.
Jangan Pentingkan Diri
Tambah Yusof lagi, suami memainkan peranan yang penting dalam proses tersebut selain harus membuang sifat pentingkan diri dengan pasangan.
Malah, jalan pendamaian juga adalah keputusan akhir yang perlu dicapai sekiranya berlaku perbalahan dalam rumah tangga.
“Dalam rumah tangga, suami perlu main peranan, begitu juga isteri. Tak boleh sebelah pihak sahaja. Tetapi harus dimulakan dengan pihak suami.

“Perlunya budaya pujuk memujuk, jangan anggap diri kita sempurna. Jika fikir begitu, sampai bila pun takkan selesai masalah.
“Kena tolak ansur dan jangan pentingkan diri sendiri. Kalau ada masalah dalam rumah tangga, jalan terbaik adalah jalan pendamaian. Buang ego,” kongsinya.
Kata-Kata Manis Tanda Pujukan
Bapa kepada pengarah, Syamsul Yusof itu turut berkongsi dia menggunakan kata-kata manis sebagai tanda pujukan kepada isteri tercinta.
“Saya guna kata-kata manis. Bukan bunga. Saya tak tahu beri bunga atau beri hadiah. Kalau hari jadi juga saya tak beri apa pun.
“Saya guna kata-kata manis. Bukan bunga. Saya tak tahu beri bunga atau beri hadiah. Kalau hari jadi juga saya tak beri apa pun.
“Bagi saya dengan kata-kata atau perbuatan itu yang lebih bermakna daripada bunga. Kalau beri bunga tapi benda (masalah) berlaku tak guna juga.
“Ini nasihat saya sebagai orang tua, saya ambil ibu bapa saya sebagai simbol dalam perkahwinan. Mereka juga bergaduh tetapi ayah saya ‘kaki pujuk’. Itulah yang saya mahu dalam diri saya dan juga keluarga saya,” kongsinya lagi.
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.