HIBURAN

Yusuf Bahrin Anggap ‘Follow Unfollow’ Bukan Penentu Status Rumah Tangga - “Benda Ni Rare, Bila Orang Dapat Tahu…”

Mya Amri 16/07/2025 | 00:55 MYT
Pelakon, Yusuf Bahrin berpendapat hubungan seseorang itu tidak seharusnya dinilai menerusi status follow atau unfollow antara satu sama lain di platform media sosial.

Follow, unfollow bukan penentu hubungan


Menurut Yusuf, mengikuti seseorang di media sosial tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar sesebuah hubungan.

“Kebiasaannya kita akan follow antara satu sama lain termasuklah kawan-kawan. Tapi ada sahaja orang yang tak follow tetapi masih berkawan, masih lagi suami isteri yang baik.


“Hubungan rumah tangga okay, family okay, macam saya pun ada juga ahli keluarga yang tak follow antara satu sama lain macam adik beradik. Tapi hubungan kitorang semua okay,” jelasnya kepada Gempak.

Perkara biasa

Dalam masa yang sama, Yusuf juga mengakui dia juga tidak mengikuti media sosial ahli keluarganya

“Jadi benda ini rare, bila orang dapat tahu mereka terkejut, kenapa tak follow. Benda ini pada saya tak ada isu pun.

“Tak semestinya saya follow mengatakan saya okay, ada orang follow kita sebab benda benda yang tak baik.


“Ada orang tak follow kita sebab dia tak biasa dengan benda benda ini. Macam saya, hari-hari dekat rumah dan berjumpa, jadi benda itu tak ada isu.

“Orang baru tahu, itu sahaja, tak ada apa pun, semua okay,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak, Jawab Tuduhan Follow Unfollow Zizi Kirana - "Memang Anda Semua Baru Tahu Kot..."

ARTIKEL BERKAITAN:Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Saling 'Unfollow' Di IG, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Masih Kunci Mulut



Sebelum ini, terdapat artikel mendakwa pasangan itu sudah tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing malah perkongsian Zizi di Threads juga mendapat perhatian.

Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran pelantun lagu Eh itu dalam aplikasi Threads baru-baru ini sarat dengan kata-kata berbaur luahan hati dan penuh makna tersirat.

Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan
#Zizi Kirana #Rumah tangga #Yusuf Bahrin #Unfollow #Follow