“Yusuf, Mommy Is In Pain. You Cannot Touch Her.” – Wah, Tegasnya Hairul Azreen Demi Hanis Zalikha

Badrul Hashim
Januari 18, 2019 09:05 MYT
Mendidik anak-anak bukan tugas yang mudah. Ada masa perlu tegas walaupun mungkin mereka belum betul-betul faham.
Itu yang diceritakan oleh Hanis Zalikha tentang Yusuf, anak sulung kesayangannya dan Hairul Azreen.
“Yusuf dah betul-betul tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu?
“Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis-nangis mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio. Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor.
Menurut Hanis walaupun ada rasa takut tetapi lebih menakutkan jika sepanjang mengandung dia tidak mampu untuk berjalan.
Walaupun begitu, tidak semua chiropractor boleh dibuat untuk wanita mengandung dan Hanis menasihatkan sesiapa yang ingin mencuba supaya bertanya terlebih dahulu.
Kembali kepada kisah Yusuf, ketika Hanis mengalami kesakitan yang teruk, Hairul agak bertegas dengan Yusuf.
“Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat-sangat tegas, Yusuf, Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok? Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap.
“Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap, Yusuf, Mommy is in pain. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam.
Menurut Hanis, sakit belakangnya pulih selepas satu sesi bersama chiropractor.
Paling penting kata Hanis, bab susun atur tidur sudah selesai untuk menanti kelahiran cahaya mata kedua.
“Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu. I love you my son, you’re gonna be a big brother soon,” tulis Hanis.
#Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Yusuf