Laman Utama

“Zaf Ajak Masuk GV9, Tapi Dia Pula Suruh Kami Tarik Diri Saat Akhir Sebab…” - Cham

gempak
Asyikin Mayudin
05/12/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Zaf Ajak Masuk GV9, Tapi Dia Pula Suruh Kami Tarik Diri Saat Akhir Sebab…” - Cham
Bekas anggota V.E Cham mendedahkan pada awalnya, Zaf yang mengajaknya untuk menyertai Gegar Vaganza 9 (GV9) biarpun ketika itu dia tidak mahu memasuki mana-mana pertandingan.
Namun, Zaf membuat keputusan menarik diri sehari sebelum sesi fotografi GV9 dan meminta semua ahli V.E yang terlibat turut melakukan perkara sama kerana beranggapan mereka belum bersedia untuk bertanding.
Cham atau pemilik nama penuh, Charma Adizalilullah Abdul Khalil berkata sepatutnya Zaf tidak perlu masuk campur perlibatan V.E dalam GV9 memandangkan sudah menyerahkan segala tugasan kepadanya.
“Ikutkan saya tak nak masuk mana-mana pertandingan, namun Zaf yang menyakinkan saya untuk menyertai GV9. Sehari sebelum sesi fotografi untuk GV9, Zaf mesej minta maaf tak dapat join.
“Dia minta kami pun tak sertai sebab anggap kami tak bersedia lagi. Tapi kami dah sign penjanjian, tak kan nak tarik diri pula… malu la kami pada pihak Astro. Masa itu dah mula rasa menyampah, sebab asyik nak ikut cakap dia saja.
“Sebelum ini pun, kena ikut dia dari segi pemilihan lagu dan baju. Dia anggap dirinya ketua kumpulan… kami tak boleh buat keputusan sendiri, semua benda kena ikut dia.
“Bila tak boleh join, dia sendiri yang serahkan tugas kepada saya untuk jaga semuanya. Lepas itu, bila saya handle, dia mula bising tanya mana update. Sepatutnya dia tak payah ambil tahu sebab dah serah tugas kepada saya,” dedah Cham.
Dedah Cham lagi, Zaf mula berasa terpinggir selepas dia bersama Hakim, Adeep Nahar dan Fakhiz membuat ‘group WhatsApps’ baharu dan tidak lagi memberi sebarang perkembangan kepada anggota V.E lama itu.
Terdahulu, Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada V.E selepas Zaf membangkitkan isu nama kumpulan tersebut.
Zaf yang mendakwa dirinya sebagai ketua kumpulan memberi saranan agar anggota yang menggunakan nama terbabit dalam GV9 supaya bergerak dengan menggunakan nama baharu.
Menurutnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024