Hiburan

Zahid AF Bercerai!

gempak
Amri Hassan
28/07/2019
13:07 MYT
Sponsor Banner
Zahid AF Bercerai!
Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Zahid Baharuddin mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.
Zahid, 38, memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas setahun mempertimbangkannya dengan bekas isteri.
"Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan punca atau isu tentang perceraiaan ini kerana terlalu peribadi buat saya dan bekas isteri.
"Kami berpisah secara baik dan tidak timbul isu orang ketiga atau sebagainya," dedahnya kepada rancangan Melodi yang bersiaran pada tengah hari Ahad.
Tambah Zahid, dia sebenarnya serba salah apabila keputusan untuk bercerai itu diambil beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-31 Sarah.
"Kami sudah berbincang soal ini hampir setahun dan kebetulan kata sepakat dicapai beberapa hari sebelum hari lahir bekas isteri pada 21 Julai.
"Namun, saya tetap memberi ucapan yang baik-baik buat dia kerana Sarah seorang ibu yang baik untuk anak kami," jelasnya lagi.
Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live