Zahid Hamidi Jadi TPM, Lagu Altimet Makan Diri? Ini Reaksi Empunya Diri
Penyanyi rap, Altimet diserang netizen selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I semalam.
Rata-rata warganet di Instagram meluahkan kekesalan dan meninggalkan sindiran halus kepada Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berikutan lagu nyanyian serta ciptaannya yang berbaur politik berjudul Aduh Malaysia.
Lagu itu seolah olah telah memakan dirinya apabila antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi, siapa sokong penyamun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu"
Justeru rata-rata juga mengharapkan Altimet mengeluarkan lagu baharu yang mungkin dapat mengimbangi semula dengan lirik sebelum ini yang dilihat sudah memakan diri.