Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zahirah, Aiman Selamat Menyambut Kelahiran Anak Ke-2, Inara Raisa

Gempak
02/06/2024 11:01 MYT
Pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, Inara Raisa.

Anak ke-2

Menerusi hantaran di Instagram, pasangan itu berkongsi sekeping foto mereka bersama Inara dan juga anak pertama mereka, Isaac Raees.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua, Aiman Hakim -“Tak Sabar 2024, Syukur Alhamdulillah”

Menurut Zahirah, Inara dilahirkan Jumaat lalu pada pukul 8.58 malam.

“Alhamdulillah… we became a family of four. Welcoming our princess to the world, Inara Raisa, born Friday 31st May 2024 at 8.58PM.

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)


“Thank you everyone for all your doas and warm wishes, we are truly blessed. May Allah SWT protect & shower you with his blessing dearest Inara,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Zahiran dan Aiman menzahirkan rasa gembira dengan kelahiran anak kedua mereka.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan tersebut menerima kelahiran cahaya mata pertama, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.

Sumber: Instagram

ARTIKEL BERKAITAN:Aiman Hakim Ridza Tolak ‘Job’ Selama 6 Bulan Demi Siapkan Rumah - “Ada Kontraktor Tapi Kami Tak Happy Dengan Kerjanya”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Aiman Hakim Ridza #Zahirah Macwilson #Isaac Raees #Inara Raisa
;