Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Ketika Awal Kehamilan - "Cutenya, Tak Pernah Terfikir..."
Badrul Hashim
02/10/2020 00:15 MYT
02/10/2020 00:15 MYT
Memang comel sungguh video yang dimuat naik pelakon jelita Zahirah Macwilson di Instagram miliknya.
Perkongsian tentang cara memakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tapi tidak boleh membutangkannya menarik minat ramai yang menontonnya.
"18 - 24 minggu merupakan tahap kehamilan yang agak janggal untuk badan saya. Tahap di mana saya tak nampak hamil sangat tetapi kita tahu yang kita memang naik beberapa kilogram dan memang rasa membulat.
"Jadi saya guna cara ini untuk pakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tetapi saya tak boleh nak butangkannya," tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.
Tambahnya, dia mahu menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung kerana dia tahu badannya akan semakin membesar.
"Saya tak selalu pakai jeans, tapi bila saya nak pakai, saya seronok kerana ada trik menggunakan pengikat rambut ni. Sekarang ni saya dah lepas 26 minggu, jadi mungkin masanya untuk beli jeans mengandung," tulisnya lagi.
Peminat-peminat turut meninggalkan komen dan ada yang turut berterima kasih dengan teknik yang diajar oleh Zahirah tersebut.
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mereka berdua kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.