Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua, Aiman Hakim -“Tak Sabar 2024, Syukur Alhamdulillah”

Mya Amri
Disember 17, 2023 14:41 MYT

Pelakon, Aiman Hakim Redza mendedahkan isterinya, aktres Zahirah MacWilson kini hamil cahaya mata kedua.

Berita gembira itu dikongsi Aiman menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Ahad.

Aiman melahirkan rasa bersyukur dan tidak sabar untuk melalui tahun 2024 bersama keluarga kecilnya.

“2023 is ending cant wait for 2024. See you number 2. Syukur alhamdulillah,” tulisnyanya ringkas.

Dalam pada itu, di ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan ucapan tahniah rakan selebriti dan para peminat.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees.

#Anak #Hamil #Aiman Hakim #Zahirah Macwilson #Aiman Hakim Redza #Hamil Anak Kedua