Selebriti cantik, Zahirah Macwilson, Sherry Ibrahim, Mawar Rashid, Che Puan Juliana Evans, Melissa Th'ng dan ramai lagi memeriahkan majlis pembukaan butik jenama kecantikan popular dunia, Lancome di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menariknya, butik terbabit merupakan butik yang terbesar di Asia Tenggara dan menawarkan pelbagai rangkaian produk kecantikan jenama Lancome di sana!

Pastinya ia memberikan pengalaman baru yang menarik buat pengunjung yang hadir untuk mendapatkan koleksi serta rangkaian menarik produk kecantikan ini.



Majlis pembukaan terbabit dirasmikan oleh Jasmine Ku selaku Pengarah Lancome Retail, Jennie Ma selaku Pengurus Besar L’Oreal Luxe, Malek Bekdache selaku Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia & Singapura, Chua Sher Le selaku Pengurus Besar jenama Lancome dan dua selebriti eksklusif Lancome, Zahirah Macwilson dan Venicemin.

Diadakan dengan meriah, jom kita layan foto-foto menarik di sekitar majlis terbabit:







Kredit foto: All Is Amazing