Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Zahiril Adzim Pernah Terasa Hati Dengan Anak

Ahmad Shah 06/01/2016 | 05:10 MYT
Pelakon Zahiril Adzim mengakui pernah berkecil hati dengan anak lelakinya, Nadi Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Menurut Zahiril, hubungannya dengan Anaqi sedikit renggang kerana terlalu sibuk bekerja.

“Sebagai ketua keluarga, saya harus keluar mencari rezeki untuk anak dan isteri. Perkara tersebut buat saya berjauhan dengan Anaqi. Rasa sedih itu memang ada kerana apabila saya di rumah dia tidak mahu rapat dengan saya.

“Bila terlalu lama saya bekerja di luar, hubungan saya dan Anaqi sedikit renggang. Sebagai bapa saya ada rasa berkecil hati,” ujar Zahiril Adzim.

Walau bagaimanapun, Zahiril tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan suami apabila bersama keluarga.

Dalam pada itu, Zahiril lebih selesa mendidik anak lelakinya, Nadi Anaqi mengikut peredaran zaman.

“Bukan bermaksud saya dan isteri menolak cara mendidik anak mengikut cara tradisional, sebalik saya lebih percaya cara mendidik anak harus mengikut keadaan sekeliling sekarang.

“Saya biarkan Anaqi membesar dengan cara yang bersesuaian dan mengikut apa kehendak dirinya,” jelas Zahiril lagi.

Nak tahu rahsia Zahiril mendidik anak di rumah tanpa isteri disisi? Atau ingin mengetahui apa aktiviti yang dilakukan bapa tunggal ini sepanjang hari bersama puteranya?

Jangan lupa untuk menyaksikan Papa Hero Saya di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.

Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.

Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

#Astro Ria #Papa Hero Saya 2
;