Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
Mya Amri
01/06/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.

Ugutan santau & pukul

Menurut Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 40, pernah menerima ugutan santau disebabkan wataknya menerusi sebuah drama
“Teruk (kecaman) saya terima. Ada orang nak pukul saya apabila jumpa dekat luar. Hari-hari ada orang mesej maki saya.
“Setiap hari penuh saya punya ruangan mesej sampai saya tidak larat nak baca. Saya okay tiada masalah dengan orang kecam sebab kita tahu beri impak.

“Tapi apabila sudah sampai orang maki-maki, saya rasa itu tidak perlu sebabnya ini adalah satu drama yang beri pengajaran.

“Ada yang komen kata nak hantar santau kepada saya. Tapi saya rasa itu tiada apalah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Zahiril memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media sempena Hari Ulang Tahun sebuat stesyen televisyen pada Sabtu.

PILIHAN PEMBACA: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

Jangan usik keluarga

Bagaimanapun kata Zahiril, dia hanya mengetepikan semua ugutan tersebut memandangkan ia tidak melibatkan keluarga.

“Saya tiada masalah selagi ia tidak kacau keluarga saya. Saya memang tunggukan itu, kalau ada memang saya akan cari,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Zahiril Adzim Tak Halang Anak Jadi Artis - "Tapi Anaqi Minat Matematik & ..."

Terdahulu, nama Zahiril menjadi bualan ramai apabila wataknya dalam drama arahan Idora Abdul Rahman tular dalam media sosial.
Selain Zahiril dan Erysha, drama itu jugaturut dibintangi oleh MK Kclique, Shaza Bae dan Hanesya Hanee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024