Zain Hamid Jawab Desas-Desus Nak Kahwin - “Ada Kawan Tapi...”
Azwa Rahman
08/04/2021 03:55 MYT
08/04/2021 03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Zain Hamid menafikan dia bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat. Namun Zain tidak menepis hatinya sudah terisi dengan cinta baharu.
Menurut Zain atau nama sebenarnya Mohd Kamaruzzaman Zain, 43, dia masih lagi dalam proses mengenali hati budi dan belum ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.
“Kami sedang berkawan tapi masih belum cakap pasal berkahwin ke apa buat masa sekarang. Kalau ada nanti, akan diberitahu,” jelas Zain kepada Gempak.
Zain ditemui dalam sidang media pelancaran kolaborasi SugarBomb menerusi lagu Da Bomb yang diadakan di ibu pejabat jenama tersebut di Klang pada Selasa.
Turut sama hadir pada majlis tersebut adalah Anggota Ruffedge yang lain seperti Azan Addin, Sein Qudsi, Mode dan Cat Farish.
Tambah Zain yang sudah menduda sejak tujuh tahun lalu, mereka sudah berkawan sejak awal tahun 2020.
“Kami dah kenal sejak setahun yang lalu sewaktu sebelum PKP lagi. Minta maaf saya tak boleh berkongsi banyak tentang perkara ini sebab kami masih berkawan,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Zain mendirikan rumah tangga dengan Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008 namun jodoh mereka berakhir pada November 2014.
Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Rania, 12 tahun.