Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zalif Sidek Titip Kata Semangat Buat Jay Iswazir Selepas Perceraian - “Ingat Allah, Banyakkan Berdoa”

Asyraf Roslan
03/11/2024 02:55 MYT
Pelakon, Zalif Sidek menitipkan kata-kata semangat buat rakannya yang juga pelakon Jay Iswazir yang dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zalif meminta Jay agar sentiasa kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT.

“Setiap kesulitan ada kesempatan, setiap tentangan memberikan kesempatan untuk belajar dari kesalahan kita.

“Jadi ketika kau hadapi kesulitan, jangan takut untuk menghadapinya dengan tenang. Ingat Allah, banyakkan berdoa sahabatku,” kata Zalif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Dengan Apa Yang Terjadi Selama Ini” - Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Jay Iswazir

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

Pelakon filem Papa I Love You itu juga mengingatkan Jay bahawa dia sentiasa berada disamping rakan baiknya itu.

“Keberanian, tekad, dan sikap positif kau tu membuktikan bahwa apa pun yang terjadi dalam kehidupan kau akan selalu dapat bangkit kembali.


“Selalu ingat, aku sentiasa Berada dengan Kau Jay,” tambahnya.


Terdahulu, bekas isteri Jay, Azzahra Ahmad mengumumkan bahawa telah berpisah dengan suaminya.

Menurut Azzahra, dia mengumumkan berita penceraian itu bagi tujuan mengelakkan salah faham atau fitnah dikemudian hari.


Setakat ini, Jay masih tidak ada memuat naik sebarang hantaran berkaitan penceraian di akaun media sosialnya.

Sekadar Info, Jay dan Azzahra telah selamat mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

#cerai #Jay Iswazir #Zalif Sidek
;