Jika sebelum ini viral kes penderaan haiwan di Taman Rimba Kiara, kini muncul lagi satu kes sama membabitkan kejadian di Perak.

BACA: Siapa Punya Kerja Ni? Polis Buru Suspek ‘Panah’ Badan Haiwan Di Taman Rimba!

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu posting di Faceboook rasminya.

Menurut persatuan berkenaan, kes tersebut membabitkan seorang individu dipercayai dari Perak yang bertindak memutuskan sayap seekor burung.

Tindakannya itu dilakukan selepas burung tersebut tidak mengeluarkan bunyi seperti yang dikehendaki pemuda tersebut.

“Lagi kes burung di zalimi. Akibat tidak keluarkan bunyi. Sayap diputuskan tanpa belas ihsan. “Setiap hari Animal Malaysia terima banyak kes jenayah kezaliman haiwan yang tidak didedah dan dilaporkan,” kata pengendali akaun tersebut.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta suoaya menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia dengan segera.

“Menurut percakapan dalam video. Loghat adalah bahagian Selatan Perak.

“Namun mana-mana pihak punya maklumat tentang pelaku kezaliman burung ini, cepat salur maklumat ke WhatsApp kami,” katanya.