Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Zaman Sekarang Ramai Orang Tak Reti Hantar Email & Tiada Adab Untuk Berkomunikasi Ke?" - Fazley Yaakob

Rozaimi Zubaidi 20/02/2019 | 02:44 MYT
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh orang ramai di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley berkongsi direct message (DM) yang diterima, namun kesal apabila ayat digunakan oleh mereka seolah-olah tiada adab.
"Hmm. Memang zaman sekarang ramai orang tak reti hantar email, buat resume dan tiada cara atau adab untuk berkomunikasi ke?

Hmm.. memang zaman sekarang ramai orang tak reti hantar email, buat resume, dan tiada cara/adab untuk berkomunikasi ke? Haha atau kalau saya bersangka baik.. maybe dia suruh adik dia yang di sekolah rendah yang DM saya? Atau dia DM sambil atas motor? Atau dia tak sempat buat research sebab ramai sangat pelanggan?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

"Haha atau kalau saya bersangka baik. Maybe dia suruh adik dia yang di sekolah rendah yang DM saya?
"Atau dia DM sambil atas motor? Atau dia tak sempat buat research sebab ramai sangat pelanggan?," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Fazley apabila dia 'sekolahkan' pihak terbabit dengan cara yang betul.
Menurut mereka sikap ditunjukkan oleh Fazley harus dicontohi supaya orang ramai tahu cara yang terbaik untuk berkomunikasi.
#Penyanyi #Penyanyi #Datuk Fazley Yaakob #Cef Selebriti
;