Penyanyi, Zamani mengumumkan akan bertunang dengan gadis pilihannya bernama Juliana.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, mengumumkan perkara itu pada sebuah majlis sambutan Aidilfitri di ibu kota.

Memetik laporan Harian Metro, Zamani sudah lama mengenali Juliana atau lebih mesra dipanggil Julie.

Julie juga sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza.

Namun Zamani masih belum mempunyai tarikh yang tepat untuk majlis pertunangannya.

“Masih belum dapat kerana kami masih mencari-cari tarikh yang sesuai.

“Apapun saya mengharapkan restu peminat agar mendoakan perancangan ini jadi kenyataan dan majlis nanti berjalan lancar,” ujarnya kepada Harian Metro.

Julie juga ketika dihubungj Harian Metro menjelaskan segala urusan dan perancangan diserahkan kepada Zamani.